Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2015

Pusat Sumber Dato’ Haji Abbas, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, Terengganu telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2015. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnkan oleh Ybhg. Dato’ Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam Majlis Anugerah Pembesatarian Sekolah 2015. Majlis yang meriah dan berwarna warni ini telah diadakan pada 21 Oktober 2015 (Rabu) di Auditorium BTP, KPM, Persiaran Bukit Kiara, 50604 Kuala Lumpur.

Kursus Kepimpinan Pengawas PSDHA 2018

4 Ogos 2018 (Sabtu) : Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Dato' Haji Abbas (PSDHA) tahun 2018 telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Tayang 1. Kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Che Lah bin Hamat, Pegawai Teknologi Pendidikan II, Pusat Kegiatan Guru (PKG) Raja, Besut.

Majlis Taklimat Frog VLE

25 Februari 2018 (Ahad) - Satu majlis taklimat mengenai Frog VLE telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Majlis yang bermula pada jam 12 tengahari ini dihadiri oleh 20 orang guru dan 200 orang pelajar tingkatan satu, dua dan empat. Taklimat yang menarik ini telah disampaikan oleh Puan Zaitul binti Zainuddin dari Unicliq Sdn. Bhd.

USRAH BADAR

9 Julai 2017, Ahad - Program Usrah Badar diadakan pada jam 7.30 - 8.30 pagi hari ini bertempat di Dataran Ilmu.

Pemantauan Pengurusan ICT, PSS dan Media Pendidikan PKG Raja 2017

18 Jun 2017, Ahad - Pemantauan perkara-perkara tersebut di atas telah diadakan pada hari ini bermula jam 12.00 tengahari. YM Tuan Mohd Shafie bin Tuan Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Raja telah hadir sebagai Pegawai Pemantau.